Selasa, 9 Disember 2014

Bo bo bo bosan

Assalamualaikum semua. (Fefeeling dengar lagu Faizal Tahir) Okay entry kali ni wujud sebab kebosanan telah mencapai tahap yang tidak sepatutnya. FYI, zatie razlan yang pemalas ni dah melalui zaman internship ( nak nama omputih )selama satu bulan lebih, ada lagi 2 bulan macam tu lahh nak habiskan. Perasaan nak habiskan tu memang tersangatlahh tak sabarnyaa. Tapi tapi tapi. Terfikir jugak, cukup ke apa yang zatie dapat sepanjang praktikal ni. Jujur cakap lahh kan, zatie rasa macam down gila since praktikal ni. Taktahu laa kenapa. Kadang okay, kadang tak. Ada pro and kontra sebenarnya sepanjang praktikal ni. Yes, zatie tahu kita kena fikir positif kan, tapi, kadang kadang pernah rasa menyesal and nak give up dari semua ni. Rasa macam dah buat pilihan yang salah. Tapi tu lahh, sedapkan hati sendiri, Allah tak bagi apa yang kita nak, Allah bagi apa yang kita perlu. Mungkin ni yang zatie perlu kot. And, lagi satu sentiasa ingatkan diri. Once you make mistake today, you will realize for the next up coming days. Hopefully memang zatie sedar lahh and lebih berhati hati untuk buat keputusan. Zatie harap sangat yang zatie praktikal ni semua berjalan lancar dan jayanyaaa serta cemerlang gemilang terbilang (MESTI). Nak grad, nak banggakan mak abah. Banyak dah dorang berkorban. Korang semua, tolong doakan zatie eh :) Okay lahh, sampai sini je kot. See ya in next entry.

Love, zatie razlan.

Jumaat, 21 November 2014

Kembali Setelah Menyepi

Assalamualaikum guys. Hehe. Tetiba menyepi. Tetiba ada balik kan. Biasalahh budak zatie ni memang suka biar blog dia berhabuk. Tinggal lama lama lepas tu tulis balik. Perkara biasa bila malas mencapai tahap infiniti. Hahah. Okay, nak update apa ye. Yes yes yes. Finally, setelah 2 tahun 6 bulan, akhirnya habis jugak belajar. Ohh ye, tak officially habis lagi. Sekarang tengah praktikal. Last sem, and harap dipermudahkan lah segalanya dan boleh bawak balik A+ untuk mak abah.

Result baru ni? Okay lahh. Meningkat memang meningkat tapi tak capai apa yang zatie nak. Result tuu membuktikan usaha zatie memang takat tu je. Adatlahh kan, tengah final ada gap dua tiga hari pergi berjalan sana sini. Alasan, LAST SEM dengan member member lepas ni tak jumpa dah. Haa, result dapat macam tu, nak taknak kena telan jugak lahh kan. Dah usaha pun ala kadar jee. Orang lain semua dapat result okay. Haishh, jealous sebenarnya tengok member lain ramai dapat result bagus. Tapi nak buat macam mana kan. Redha jelah. Benda dah jadi. Hopefully, dapat tebus time praktikal ni. Amin Amin Amin.

Actually, takut jugak praktikal ni. Sebab survey dekat member lain, semua banyak kerja. Heh, zatie rasa zatie banyak goyang kaki. Tapi, haishh. Tak tahu lahhh nak describe macam mana. Takpelahh, yang penting usaha dulu kan. Ya Allah, harapnya semua berjalan lancar and baik. Amin Amin Amin. Taknak kecewa dahh. Ingat lagi haritu, KPP cakap, time praktikal lahh senang nak dapat A and senang jugak nak failed. Omo, harapnya I'm not the second one. Okaylahh, maybe sampai situ je kot nak conteng kali ni. Haa, before terlupaa. Zatie dah semakin mengombang since duduk rumah ni, almaklumlah tempat praktikal dekat dengan rumah. Memang senang lahh cerita dia nak makan kann.

Okay okay enough. Babai guys. Assalamulaikumm. Will be update soon ;)

Selasa, 20 Mei 2014

Never Stop Thinking...

Assalamualaikum guys. Okay, dah lama tak update kann. Taktau laa kenapa malam nii tetiba terbuka hati nakk menaip, nak menulis, nak merepek. Emm, entahlahh macam mana nak start ehh. Okay, zatie. just make it simple. Setiap kali dengar lagu sedih, lagu cinta and whatever lagu yang boleh buat aku flashback all the memories about him aku akan teringat dia and mulalah air jernih dari mata nii berebut rebut nak mengalir. Come on laa zatie. Maybe dia sikit pun takde fikir pasal kau. Kenapa perlu kau fikir, nangis, and sedih nak ingat dia. Life must go on kan zatie. Stay strong. Kalau betul dia hak milik kau, dia mesti datang balik. Tapi, seriously, susah betul nak lupakan dia. Aku betul betul rindu nasihat dia, marah dari dia, kata kata semangat dari dia. Pokoknyaa, aku sangat rindukan dia. Mungkin semua salah aku sebab lepaskan dia terlalu awal. *sigh. Aku tak matured lagi untuk buat keputusan sebelum lepaskan dia dulu. Sakit sangat bila nampak dia tapi tak mampu nak buat apa. Try untuk tak contact dia langsung walaupun dalam hati ni memberontak nak dengar suara dia. Ya Allah, aku tahu perasaan nii tak boleh ada punn. Dear awak, please jangan buat saya ingat awak lagi. I know that both of us need to stay strong and go on with our own way of life especially me. I really hope that we will meet and be like before. Hmmm. -End-

Jumaat, 25 April 2014

I'm Back!!

Assalamualaikum guys. Kembali setelah hampir setahun tak berbloging. Okay. Sangat rasa lain sebab tetiba terbuka hati nak menulis balik. Hehe. Even zatie tahu takde orang yang baca blog ni kan. Takpe takpe. At least blog ni boleh lagi dipakai. Banyak gilaaaaaa sentimental value dalam blog nii. Pahit manis. Semua dah kongsi kat sini. Okay. Disebabkan diri ini sudah pun mahu menjejak kan diri dalam umur puluhan. Maybe akan menulis secara lebih matured kot. Geli pulak bila baca entry entry before ni and masa mulamula buat blog dulu. Hahah. Jelas menunjukkan ketidak matured-an di situ. Haa. Membebel pulak makcik nii. *sigh

Tujuan nak mula aktif balik nii sebabnyaa, terlalu bosan dekat rumah. Maklumlahh cuti sem kann. And, FYI. Zatie dah jadi senior. Cehh. Bajet bajet jee. Senior lahh sangat kann. Time fly fast kann. Tuptup dahh Nak habis belajar. Rasaa macamm baru je lagi daftar. Baru je lagi frust menonggeng. BAru je lagi kenal dunia. And blablabla.

Sampai sini je kot buat masa nii. Saja nakk testing kecekapan menulis. Hehe. Okay. See you on next entry. In shaa Allah. Bai! Assamualaikummm. Have a great day everyoneee :)