Jumaat, 21 November 2014

Kembali Setelah Menyepi

Assalamualaikum guys. Hehe. Tetiba menyepi. Tetiba ada balik kan. Biasalahh budak zatie ni memang suka biar blog dia berhabuk. Tinggal lama lama lepas tu tulis balik. Perkara biasa bila malas mencapai tahap infiniti. Hahah. Okay, nak update apa ye. Yes yes yes. Finally, setelah 2 tahun 6 bulan, akhirnya habis jugak belajar. Ohh ye, tak officially habis lagi. Sekarang tengah praktikal. Last sem, and harap dipermudahkan lah segalanya dan boleh bawak balik A+ untuk mak abah.

Result baru ni? Okay lahh. Meningkat memang meningkat tapi tak capai apa yang zatie nak. Result tuu membuktikan usaha zatie memang takat tu je. Adatlahh kan, tengah final ada gap dua tiga hari pergi berjalan sana sini. Alasan, LAST SEM dengan member member lepas ni tak jumpa dah. Haa, result dapat macam tu, nak taknak kena telan jugak lahh kan. Dah usaha pun ala kadar jee. Orang lain semua dapat result okay. Haishh, jealous sebenarnya tengok member lain ramai dapat result bagus. Tapi nak buat macam mana kan. Redha jelah. Benda dah jadi. Hopefully, dapat tebus time praktikal ni. Amin Amin Amin.

Actually, takut jugak praktikal ni. Sebab survey dekat member lain, semua banyak kerja. Heh, zatie rasa zatie banyak goyang kaki. Tapi, haishh. Tak tahu lahhh nak describe macam mana. Takpelahh, yang penting usaha dulu kan. Ya Allah, harapnya semua berjalan lancar and baik. Amin Amin Amin. Taknak kecewa dahh. Ingat lagi haritu, KPP cakap, time praktikal lahh senang nak dapat A and senang jugak nak failed. Omo, harapnya I'm not the second one. Okaylahh, maybe sampai situ je kot nak conteng kali ni. Haa, before terlupaa. Zatie dah semakin mengombang since duduk rumah ni, almaklumlah tempat praktikal dekat dengan rumah. Memang senang lahh cerita dia nak makan kann.

Okay okay enough. Babai guys. Assalamulaikumm. Will be update soon ;)