Selasa, 9 Disember 2014

Bo bo bo bosan

Assalamualaikum semua. (Fefeeling dengar lagu Faizal Tahir) Okay entry kali ni wujud sebab kebosanan telah mencapai tahap yang tidak sepatutnya. FYI, zatie razlan yang pemalas ni dah melalui zaman internship ( nak nama omputih )selama satu bulan lebih, ada lagi 2 bulan macam tu lahh nak habiskan. Perasaan nak habiskan tu memang tersangatlahh tak sabarnyaa. Tapi tapi tapi. Terfikir jugak, cukup ke apa yang zatie dapat sepanjang praktikal ni. Jujur cakap lahh kan, zatie rasa macam down gila since praktikal ni. Taktahu laa kenapa. Kadang okay, kadang tak. Ada pro and kontra sebenarnya sepanjang praktikal ni. Yes, zatie tahu kita kena fikir positif kan, tapi, kadang kadang pernah rasa menyesal and nak give up dari semua ni. Rasa macam dah buat pilihan yang salah. Tapi tu lahh, sedapkan hati sendiri, Allah tak bagi apa yang kita nak, Allah bagi apa yang kita perlu. Mungkin ni yang zatie perlu kot. And, lagi satu sentiasa ingatkan diri. Once you make mistake today, you will realize for the next up coming days. Hopefully memang zatie sedar lahh and lebih berhati hati untuk buat keputusan. Zatie harap sangat yang zatie praktikal ni semua berjalan lancar dan jayanyaaa serta cemerlang gemilang terbilang (MESTI). Nak grad, nak banggakan mak abah. Banyak dah dorang berkorban. Korang semua, tolong doakan zatie eh :) Okay lahh, sampai sini je kot. See ya in next entry.

Love, zatie razlan.

Jumaat, 21 November 2014

Kembali Setelah Menyepi

Assalamualaikum guys. Hehe. Tetiba menyepi. Tetiba ada balik kan. Biasalahh budak zatie ni memang suka biar blog dia berhabuk. Tinggal lama lama lepas tu tulis balik. Perkara biasa bila malas mencapai tahap infiniti. Hahah. Okay, nak update apa ye. Yes yes yes. Finally, setelah 2 tahun 6 bulan, akhirnya habis jugak belajar. Ohh ye, tak officially habis lagi. Sekarang tengah praktikal. Last sem, and harap dipermudahkan lah segalanya dan boleh bawak balik A+ untuk mak abah.

Result baru ni? Okay lahh. Meningkat memang meningkat tapi tak capai apa yang zatie nak. Result tuu membuktikan usaha zatie memang takat tu je. Adatlahh kan, tengah final ada gap dua tiga hari pergi berjalan sana sini. Alasan, LAST SEM dengan member member lepas ni tak jumpa dah. Haa, result dapat macam tu, nak taknak kena telan jugak lahh kan. Dah usaha pun ala kadar jee. Orang lain semua dapat result okay. Haishh, jealous sebenarnya tengok member lain ramai dapat result bagus. Tapi nak buat macam mana kan. Redha jelah. Benda dah jadi. Hopefully, dapat tebus time praktikal ni. Amin Amin Amin.

Actually, takut jugak praktikal ni. Sebab survey dekat member lain, semua banyak kerja. Heh, zatie rasa zatie banyak goyang kaki. Tapi, haishh. Tak tahu lahhh nak describe macam mana. Takpelahh, yang penting usaha dulu kan. Ya Allah, harapnya semua berjalan lancar and baik. Amin Amin Amin. Taknak kecewa dahh. Ingat lagi haritu, KPP cakap, time praktikal lahh senang nak dapat A and senang jugak nak failed. Omo, harapnya I'm not the second one. Okaylahh, maybe sampai situ je kot nak conteng kali ni. Haa, before terlupaa. Zatie dah semakin mengombang since duduk rumah ni, almaklumlah tempat praktikal dekat dengan rumah. Memang senang lahh cerita dia nak makan kann.

Okay okay enough. Babai guys. Assalamulaikumm. Will be update soon ;)

Selasa, 20 Mei 2014

Never Stop Thinking...

Assalamualaikum guys. Okay, dah lama tak update kann. Taktau laa kenapa malam nii tetiba terbuka hati nakk menaip, nak menulis, nak merepek. Emm, entahlahh macam mana nak start ehh. Okay, zatie. just make it simple. Setiap kali dengar lagu sedih, lagu cinta and whatever lagu yang boleh buat aku flashback all the memories about him aku akan teringat dia and mulalah air jernih dari mata nii berebut rebut nak mengalir. Come on laa zatie. Maybe dia sikit pun takde fikir pasal kau. Kenapa perlu kau fikir, nangis, and sedih nak ingat dia. Life must go on kan zatie. Stay strong. Kalau betul dia hak milik kau, dia mesti datang balik. Tapi, seriously, susah betul nak lupakan dia. Aku betul betul rindu nasihat dia, marah dari dia, kata kata semangat dari dia. Pokoknyaa, aku sangat rindukan dia. Mungkin semua salah aku sebab lepaskan dia terlalu awal. *sigh. Aku tak matured lagi untuk buat keputusan sebelum lepaskan dia dulu. Sakit sangat bila nampak dia tapi tak mampu nak buat apa. Try untuk tak contact dia langsung walaupun dalam hati ni memberontak nak dengar suara dia. Ya Allah, aku tahu perasaan nii tak boleh ada punn. Dear awak, please jangan buat saya ingat awak lagi. I know that both of us need to stay strong and go on with our own way of life especially me. I really hope that we will meet and be like before. Hmmm. -End-

Jumaat, 25 April 2014

I'm Back!!

Assalamualaikum guys. Kembali setelah hampir setahun tak berbloging. Okay. Sangat rasa lain sebab tetiba terbuka hati nak menulis balik. Hehe. Even zatie tahu takde orang yang baca blog ni kan. Takpe takpe. At least blog ni boleh lagi dipakai. Banyak gilaaaaaa sentimental value dalam blog nii. Pahit manis. Semua dah kongsi kat sini. Okay. Disebabkan diri ini sudah pun mahu menjejak kan diri dalam umur puluhan. Maybe akan menulis secara lebih matured kot. Geli pulak bila baca entry entry before ni and masa mulamula buat blog dulu. Hahah. Jelas menunjukkan ketidak matured-an di situ. Haa. Membebel pulak makcik nii. *sigh

Tujuan nak mula aktif balik nii sebabnyaa, terlalu bosan dekat rumah. Maklumlahh cuti sem kann. And, FYI. Zatie dah jadi senior. Cehh. Bajet bajet jee. Senior lahh sangat kann. Time fly fast kann. Tuptup dahh Nak habis belajar. Rasaa macamm baru je lagi daftar. Baru je lagi frust menonggeng. BAru je lagi kenal dunia. And blablabla.

Sampai sini je kot buat masa nii. Saja nakk testing kecekapan menulis. Hehe. Okay. See you on next entry. In shaa Allah. Bai! Assamualaikummm. Have a great day everyoneee :)

Rabu, 29 Mei 2013

Intersesi

Hello bloggers.
Now, dah penghujung bulan Mei kann.
And, that's mean cuti sem sudah mahu habis.
Btw, this sem, cuti sem zatie amatlahh sikit.
Guess berapa banyak?
2 minggu je lahh -.-

Its supposed to be 1 month ++ kan.
Tapi tuhh lahh.
Zatie dapat dua minggu je sebab zatie buat intersesi.
For those yang dah menjejakkan kaki dekat U maybe dorang tahu apa tuh intersesi.

Rasanyaa, seronok buat intersesi nihh.
Org pun sikit.
Belajar pun boleh focus sebab ambek satu subject.
Btw, nanti sesapa yang rasa taktahu nak buat apa dekat rumah, nanti korang boleh lahh buat intersesi.
Haha, tolong promote.

Actually, mulamula zatie malas jugakkk nakk buat intersesi.
Tapi bila fikir balik, kalau takk buat, zatie nak buat apa kat rumah kan.
Nak duduk dekat rumah kumpulkan lemak?
Haa, makin gomukk lahh nanti dengan lemak lemak tepu.
Nakk kerja pun parents takk bagi.

So, zatie pun ambek keputusan untuk buat intersesi.
Tapi, hanya untuk course course tertentu je dorang offer intersesi nihh.
Course yang banyak credit hours kot.
Seriously, memang seronokk!
Lecturer focus dekat kita je you alls.

Lagipun, takk berat mana.
Setiap hari ada class, tapi classnya only for 2 hours.
Okay lahh kan.
Cuma kena struggle and focus lahh, sebab masa tak lama, sebulan jee.

And, intersesi nihh nakk tolong kita sebenarnya.
Mana lahh tahu ada subject repeat.
So, dari intersesi kita boleh kurangkan credit hours and beban untuk sem depan.
Fuhh, panjang cerita kann.

Okay lahh.
Sampai sini je kot.
For those yang berminat untuk buat intersesi zatie sarankan korang memang patut buat.
Bukan membebankan punn menyenangkan lagi ada.
Korang boleh relax sikit untuk sem depannya.
And, zatie lega sebab ada chance untuk buat.

#Thumbs up :)

Rabu, 22 Mei 2013

Hello!

Assalamualaikum w.b.t.
Hee. Hello hello semua.
Zatie kembali. Haha *tetiba.
Okay, sudah lama tidak ber-blog.
Macam biasa.
Blog dah bersawang.
Kejanggalan untuk menulis berada di tahap 101%.


Actually.
Taktahu nak update apa sebenarnya.
Dah lama takk menulis
Sebab tuhh bukak blog nihh, type.
Hahaha.

Btw, nakk bagitahu.
Macam macam benda dah jadi tau.
Post post merepek yang zatie duduk tulis sebelum nihh, dah kantoi dengan dua orang tuttttttt tuhh.
Haihh.
Sumpah malu.
Hahaha, whatever it is. Lega ada , maluu laaaggggiii laaa ada.
Rasa macam nakk sorok muka nihh dekat dalam Pantai Teluk Gadung jee.
Mihmihmih.

Okay lahh.
Dah taktahu nak tulis apa.
So, see you soon.
In shaa Allah.
Ada masa akan di-update lagi.
Chiaauuu :)

Selasa, 23 Oktober 2012

'He' wants to propose 'She'


Si ST nakk propose crush dia. Just doakan yang terbaik walaupun hati terluka.

#Entry yang sangat pendek kan#

Jumaat, 12 Oktober 2012

Tragis!



Assalamualaikum people. Okay. Semalam final exam rasanya yang agak menyeramkann. Seram sejukk nakk jawab. Sampai terketar ketar. Seriously, takk tipu tau! Mana takknya. Exam dekat DEWAN ASPIRASI yang memang terkenal dengan peti sejuknyaaa. Dah lahh subjek yang susah nakk jawab. Ya Allah, memang sabar jee. Zatie jawab semalam rasa macam takkk pernah belajar. Arhhh, rasa nakk menangis masa dalam dewan tuhh. Dah lahh sejukk takk hengat time tuhh. 3 jam tahan nakk terkucil. Yela nakk pegi toilet kena pegi depan isi nama bagai. Dah lahh duduk belakang sekali. Toilet dekat atas. Haihh. Tahan tahan sampai pukul 5.30. Apa lagi. Terus pecut pegi toilet. Hahaha. Zatie keluar dari dewan tuh pun dalam keadaan tragis. Mana takk nyaa. Yang essay punya zatie jawab sumpah pendekk. Tuh pun memang rasanya dapat 0. Nampak tak 0? Haihh. Essay dia memang susah lahh. Takk focus langsung masa study semalam dekat tajuk yang masukk exam tuhh. Serious takk espect. Focus dekat benda lain, benda lain yang keluar. Hmmmm. Sedihnyaaa. Otakk bebal! Memang untuk result subject nihh zatie gila gila takut nakk ambekkk. Arghhhh, risaunyaaa. Okay, kena lupakann. Still ada two payyper! Focus focus! Business Mathematics ( SUBJECT SERAM GILA SERAM GILA ) and HTM still waiting for me. I know I can do it ! Okay, babai.

#TAKMAU REPEAT#

Rabu, 10 Oktober 2012

End?


Assalamualaikum guys :) Okay, tinggal lagi three payyper ! Ohh, banyakk lagi laa tuh kann. Haahaa. No, actually final dahh nakk habis next week. For sure lahh gembira yang teramat kann. Dapat balikk kampungg. Makan masakan makk. Hari hari tengok muka family tercinta. Jumpa kawan kawan lamaaaa. Tapi, yang sedihnya, akan habis lahh semester nihh and berpisah lahh dengan classmates yang tersayangg. Huuu. Memang sedih. Kalau ada rezeki and panjang umur, result bagus memang jumpa laa lagi. Kalau takk. Hmmmm. Maknanya jodoh nakk bersama takk panjang laa kan. Okay okay, nakk kata happy memang laa sebab final dahh habis, yang sedihh pun ada. Just imagine kawan yang dahh banyak lalui suka duka masa dalam kelas akan berpisah dengan kita. Heyy, akan contact lagi kee kita semua. Persoalannya di situ laa. Hope semuanya akan still contact each other. OhMaiClassmates. Weehee, sumpah zatie dahh merepek terlebih nihh. Tengah tengah study bolehh lagi mencontengg blog. Huh! Okay, gonna miss my 'redang' my roommates and all the memories here. Seriously, rasa nakk stay lagi dekat 'redang' tersayangg. Hmm. Okayy laa. Enough of merepek. Continue study babe :) Babai!

Isnin, 8 Oktober 2012

Move On, That's Better!


Heyoooo guys. Heee. Long time no updates kann. Lately, tersangat busy. Final exam uihhh. Hehe. Okayy, sememangnyaa zatie nih si pemalas nakk update right. Hmmmm. Setelah beberapa minggu takk update, and setelah membawakk diri ke gua bertapa. Erkk, dah dah stop merepekkkk! Huh -_-' Em, okayy, actually, zatie dahh start nakk happy sekarang sebab zatie dahh boleh untukk mula lupakann perasaan zatie dekat ST. Yeayyy! Seronokk kann. Dahh takk payah nakk kecewa kecewa bagai. Guess what, macam mana zatie bolehh lupakan dia. Hehehe. A lot of thanks too my friends. Haaa. Diorangg laa yang banyak bantu zatie. Nak nak sorangg sahabat lelaki zatie nihh, dia banyakk sangat tolong zatie. Dia laa banyak bagi semangat kat zatie untuk lupakan zatie. Dia dahh banyakk nasihat zatie. Bila fikir fikir balikk, memang betul cakap dia. Jangan jadi bodoh nangis and tunggu orang yang takk pernah rasa kewujudan kita. Membazir masa. Banyakk lagi lelaki kat luar. Takk kann nakk tunggu benda yang takk pasti. Seriously, since dia rapat dengan zatie. Zatie dahh boleh lupakan ST. Heyy, zatie dahh mula jadi kuat. Yeayyy. Semua sebab dia. Kalau dia takde maybe zatie still harapkan dia. Ayat yang paling zatie ingat dari dia 'Cinta takk perlu memiliki,kadang kadang cinta perlukan pengorbanan. Kalau cinta, kau lepaskan laa dia, kalau dia jodoh kau, dia akan datang balikk dekat kau, Tu laa namanya pengorbanan cinta zati' Seriously, dia memang sangat membantu. And, harituhh dia pernah marah kenapa zatie still tunggu ST. Takk bukak hati untuk orangg lain. Zatie seksa diri zatie buat fake depan ST. Dia takk nakk tengokk zatie takk se-happy dulu. Okay, sekarang zatie dahh bangun. MOVE ON! Itu yang terbaikk kann. Biar lahh ST dengan crush dia. Come one, final exam tengah berjalan. Mesti boleh buat yang terbaik. Btw, thanks to you my special friends, Capital I. Kau memang sahabat istimewa yang faham aku. Harap friendship kita nihh akan kekal. Even, kita pernah selisih faham. Aku sayang persahabatan kita nihh :)

#GoodByeST#

Khamis, 20 September 2012

He has his own crush!


Assalamualaikum semua . Hmm, what can I say. Sumpah rasa kecewa sangat sekarang . ST ada crush dia sendiri . And, he told me crush dia tuh budak group sama dengan dia . Okay, jealous yang teramat . Lepas dapat tahu, zatie menangis . Hmm , memang takk patut menangis pun kann . Tapi entah laa . Seriously, perasaan dekat dia dahh lebih dari kawan baik . Ya Allah, tolong lahh buang perasaan yang takk sepatutnya . Bestfriend is already enough right . Then, harituh masa zatie keluar dengan kawan kawan perempuan zatie, terserempak dengan dia . ST kenalkan zatie dengan crush dia . Ya Allah, memang rasa nakk nangis time tuh . Tapi kuatkan semangat . Just smile and give him supports to tackle his crush . Memang zatie fake gila depan dia . Terpaksa buang jauh jauh perasaan yang ada dekat dia . Janji dia bolehh bahagia dapatkan crush dia . Malam tuhh nangis sampai bengkak mata sebab teringatkan dia and crush dia . Eeee , bodohnya kau zatie . Kenapa perlu menangis . Takk perlu laa . Jangan bodohkan diri kau . Memang bukan hak kau pun dia tuhh . ST ada cakap, even dia dapat crush dia tuhh . Dia tak kan pernah lupakan zatie,best friend dia nihh. ST, kalaulahh kau tahu perasaan aku dekat kau macam mana . Apa lahh agaknya jadi dengan friendship kita kann . Seriously, aku rendu kau sangat sangat . Betul lahh orang cakap, cinta takk seharusnya memiliki . Aku doakan yang terbaik utuk kebahagian kau ST . Aku selalu ada dekat belakang kau and tunggu bila kau perlukan aku . Thanks sebab dahh banyak happykan aku sepanjang ada dekat sini . Kau banyak tolong aku . Really appreciate it ! Sayangg kau ST !

Rabu, 1 Ogos 2012

Hello August ! Happy Born Day to Me NUR - IZZATI BINTI MOHD RAZLAN ♥


Heyhey , ehem . Assalamualaikum w.b.t . Hee , alhamdulillah . Bertemu lagi kita pada entry kali nihh . Wahh , dahh masuk bulan ogos kann . And and , alhamdulillah , dahh LAPAN BELAS tahun zatie jejakkan kaki dekat bumi Allah nihh . Okayy , birthday kali nihh tahun kedua zatie celebrate time puasa . So , I should be happy right . Yeahh , sangat lahh happy . But but , first time celebrate without family . Sangat lahh sedihh . Thanks lahh pada member member zatie yang wish and nyanyi lagu happy birthday ( okay, terharu sampai menangis you ) And , zatie sangat happy sebab ST wish . Even dia yang second . Hehee . Text and wish dari dia lahh yang paling zatie nanti nantikann . Huhhhh , siang nih tadi , family call and nyanyi lagu happy birthday jugakk . Weheee , sekali lagi terharu ( sambil lap lap mata , harap sangat dapat celebrate dengan diorang ) Wahh , rendu gila nakk balikk rumah . Dekat sini takk bolehh demand nakk apa ohh untuk birthday girl nihh . Huuu . Apa apa pun , perjuangan harus diteruskan dekat sini . Okayy , rasanya entry kali nihh cukup kot . Hahaa . Nakk dapatkan tarikh 1 OGOS nihh . Hehee . Anyway , ada rasa kelainan celebrate birthday dekat tempat orangg . Heeee . Once again , happy birthday to me . Dahh besar kau zatie :) Be more matured okayy . Haa , before terlupa . WELCOME AUGUST ! Start new new new new book ^^

#Menanti hadiah#

Selasa, 31 Julai 2012

Kecewa !


Assalamualaikum w.b.t semua . Hahaa . Semalam takde update kann . Okayy , semalam tersangat lahh busy , dengan BLOCK nya . Then , malam tuhh ada class lagi . Yeahh , penat gila semalam . Dengan nakk prepare untuk test , quiz . So , takk sempat nakk update . Maaf ye semua . Hee . Macam ada yang follow baca blog nihh jee . Ingat famous sangat lahh tuhh . Hahaa . Okay , now back to the title . Title yangg sangat menyimpan maksud mendalam ( Dalam sangat ke ? Hehee ) Okay , title nihh jugakk menunjukkan yang betapa zatie sangat kecewa sekarang nihh . Refresh refresh .

#KECEWA 1#
Masa balikk rumah bulan lepas and pergi tunang cousin , zatie ada pakai satu cincin emas nihh tau . Cincin tuh sangatlahh bermakna bagi zatie sebab cincin emas first . Nakk dijadikan cerita , zatie bawak balikk pakai pergi U . Huh , dalam dua minggu macam tuhh . Cincin tuhh hilangg . Ya Allah , Tuhan jelah yang tahu macam mana perasaan zatie . Sumpah sedih gila . Sampai sekarang , parents zatie tak tahu lagi pasal nihh . Nakk bagitahu , tapi takk yakin , takut diorang marahhh . Hmm , dah lahh raya dahh nakk dekat . For sure lahh nanti makk akan tanya mana cincin tuhh . What the . Nasibb malang takk henti henti . Harap gila lahh yang cincin tuhh zatie boleh jumpa balikk . Tapi , chance nakk jumpa tuh sangatlahh tipis ;(

#KECEWA 2#
Fuhh , masa test baru baru nihh . What can I say . Huh , sangatlahh terukk . Beria study teruk teruk , tapi , satu soalan yang baca pun takk masukk . Kecewa kecewa . Masa test business math pulakk . Ya Allah , jawab macam takk pernah belajar . Apa lahh nasibb . Haihh , dah dah . Jangan cepat mengeluh zatie . Next test ada . Kena buat betul betul lahhh . Kalau mengeluh pun bukan result test tuhh bolehh berubah . Haa , besokk nih pulakk ada IMLA' ( SPELLING ) untuk student yang ambekk arab . Hope bolehh buat lahh . Wish me luck readers :)

#KECEWA 3#
Takk habis habis lagi nakk kecewa denga si ST . Dia sekarang sangat sangat lain . Takk ambek port pasal zatie langsung . Takk kerap dahh text zatie . Huuu , memang kena kecewa kee ? Jangan jadi B**** lahh zatie . Jangan harapkan dia . Please please , buang jauh jauh perasaan kau dekat dia . Stop fikir pasal dia . Anggap dia kawan jee . Huarghhh . Come on zatie . Wake up !!!! Kau dahh besar . Jangan nakk batak sangat nakk ada 'orang' jaga . Kawan kau ramai kann . Biar lahh orang laen ada pasangan punn . Let them , itu rezeki diorangg . Rezeki kau belum lagi . Focus belajar lahhh . Parents hantar belajar bukan nakk menggatal . STUDY STUDY STUDY . Get it ? Okay , try cool kan fikiran kau zatie .

#Okay lahh . Rasanya cukup sampai situ je kot entry kali nihh . Nanti terlebih merepekk bosan pulakk kann . Sorry for those yang meluat baca . Maaf . Zatie takk pandai menulis sangat punn . Okayy , thanks pada yang sudi baca . Love you much <3

Ahad, 29 Julai 2012

Saya Rendu Awakkk !


Assalamualaikum my dearest readers yang comel comel . Bulat bulat . Hehee . Heyy , korangg ! Guess what ? Zatie sorang sorang dalam bilikk . Erkkk , happy sangat kee tuhh . Heh , takde lahh . Act , zatie rasa agakk bahagia lahh lepas dapat text dari si ST . Tadi masa tengah online , buat assignment . Tetiba ada text masukk . Sumpahh takk harap yang dia text . Tapi kann , lepas tengok nama dia dekat skrin . Yeahhh , macam budakk kecikk yang dapat mainan baru . Seronokk . Awakkk ! Tahu takk yang saya renduu awakk . Hmmmm . Haihhh . Even kita text takk lama pun . Tapi , saya happy sangat awak tahu takkk . Hari hari saya tunggu awakk text saya . Okayy , and tadi dia bagitahu yang this week , week yang paling busy . Banyakk benda yang dia nakk settle kann . Fine , zatie faham . And , zatie taknak tunjuk yang zatie nihh sangat lahh seronokk dia text . Fuhhh , kalau lahh dia faham kann . Heh , takpe takpe . Dahh janji harituhh no hearts feeling . Rinduu takpe kann . And , zatie dengan Dia je yangg tahu . Huh , dah dah . Zatie , cukup dengan kau tanggung sorang sorang perasaan tuhh . Jangan berharap sangat . Nanti kau yang kecewa . Haihh . Salahh ke kalau ada perasaan dekat seseorangg . Chuu , sangatt complicated . Dahh , enough merepekkk !

#Kbai . Just nakk bagitahu yang zatie happy dapat text dari dia . Walaupun sepatutnya takk bangga sangat laa kann ^^

Fate !

Heyy , korangg . Sempat renduu zatie takk . Hehee . Krohh krohh . Perasan pulakk kann . Okayy , dah dah . Btw , assalamualaikum w.b.t . Hehee . Okayy , entry yang agak takk boleh blah kann . Hmm , actually , agak sedihh lah nakk cerita dekat sini . Okay okay .Nakk cerita jugakk . Siapa yang rajin baca , baca , yangg takk rajin . Click button pangkah . Hewhew .

#STORY ONE#
Alright , before zatie mendaftarkan diri dekat U , zatie ada kenal sorang guy nihh . Let we know him as A . Kitorangg pun contact laa each other . Dia sangatlaa baikk . Bagi zatie laa . Sebab takk kenal betul betul lagi kann . Em , dia pernah mengaji untuk zatie . Aww , melting melting . Zatie sangat respect dekat dia sebab boleh hafal ayat ayat al-Quran . Then . Contact contact . Si guy nihh kata nakk jumpa . Whoaaa , sumpahh taknak jumpa oitt . Taknak taknak . Tapi , dah disebabkan kesian dekat dia . Zatie pun setuju . Tapi , setiap kali nakk decide jumpa , mesti akan ada something yang halangg . Pheww , dalam hati lega sebab memang takk ready nak jumpa . Then , tibalahh satu hari nihh . Zatie nampak macam ada sorang guy dating dengan sorang gegirl nihh haa . Dari jauh memang macam kenal . Makin dekat tengokk . Wahh , rupanya guy tuhh . Dia nampak zatie , muka dia tetiba pucatt . Hmm . Okay , zatie buat buat takk nampak jee . Since dari zatie nampak dia dengan perempuan lain , kitorang daa jarangg contact , bila zatie tanya , dia cakap tuh GF kawan dia . Haihh . So , makin lama makin jarang contact . Now , dahhh takk contact langsungg . And , sekarangg officialy dia dahh couple dengan perempuan tuhh . Lepas tuhh rasa macam takk nakk jumpa mana mana lagi dahh dekat sini .


#STORY TWO#
Lepas frust dengan si A . Err. Perlu ke frust . Hahaa . Whatever . Dalam seminggu macam tuhh kot , or dua minggu . Zatie ada pulakk kenal sorang guy nihh . Em , zatie bagi nickname dekat dia ST . Hahaa . ( Biar zatie jela yang tahu apa maksud tuh ^^ ) Firstly , masa zatie mulamula kenal dia , just layan layan macam tuhh . Takk terfikir pun nakk kenal lebih rapat . Then , bila dahh hari hari tegur rasa macam selesa pulakk dengan si ST nihh . And , lepas dua minggu macam tuh kot , si ST dengan beraninya mintak contact number zatie . Mulamula zatie buat tak tahu and takk bagi . Tapi , bila nampak yang dia macam bersungguh sungguh sangat nakk kawan dengan zatie , zatie pun bagilahh . Bermula lahh text-ing , call-ing . Seriously cakap , zatie sangat sangat selesa dengan dia . Lepas tuhh , kitorang decide untuk jadi 'kawan baik' no hearts feeling . Tapi , tipu lahh cakap kan kalau dahh harihari contact tuhh , impossible lahh kalau takde perasaan langsung kann . Okayyy , zatie senyapkan jee . Takmau bagitahu sebab taknak rosakkan persahabatan kitorang . Bagi zatie dia sangat sweet and sangat jujur . Dia pernah bagitahu yang dia bekas MR , and dia S***** . Okayy , zatie takk kesahh semua tuhh , janji hati baikkk . Tapi , sejak kebelakangan nihh since dia dahh pakai BB . Tak tahu nakk cakap lahh , kitorangg tersangatlahh jarang contact . Tapi , zatie try faham kitorang masing masing busy . Ada test , quiz . Lagipun sekarang kan bulan ramadhan . So , zatiie try untuk takk sangka burukk . Rindu ? Okayy, taknak tipu . Memang ada rasa renduu . Tapi , tak kan zatie nakk beria text dia kann . Takpelahh . Mungkin bukan jodoh kitorang nakk kekal jadi kawan bertahan lama kott . Entah , zatie memang dahh rasa kecewa nakk kenal dengan mana mana lelaki . Sekarang nihh mungkin kitorang dalam progress untukk takk contact each other dahhh . To ST thanks for the chipsmore . Saya harap awak takk lupakan saya . Hewww . What the . Apa lahh nasib zatie nihh . Semua nya takk jadi . Hmmm . Cukup sampai sini jee kot setakat nihh . Seriously , rasa nakk nangis . Sedihhh jee . Banyakk sangat dugaan ;( Wahh , tetiba renduu rumahh time type nihhh .

#Nakk post entry kali nihh ambekk masa dua hari . Rasa ringan sikit beban . FATE ! Tajuk nihh mungkin sesuai kot dengan entry zatie . KBAI . Assalamualaikum . Thanks sebab sudi pinjamkan mata and hati :)

Sabtu, 28 Julai 2012

Saya Lama Tak Update ^^

Assalamualaikum .Heyyy , lama takk update blog yang mainkan lagu 'unintended' nihh .
dahh bersawangg pun kann . Haihhh . Fuhhh fuhhh (Sambil tiuptiup habuk)Okayy , since dah berbulan lamanya takk update . For sure laa banyak gila benda yang dahh jadi . Life as a student dekat University . Okayy , alright , not bad :)Tapi , as usual laa . Everything kena buat sendiri . Sekali lagi EVERYTHING . Kena INDEPENDENT . No more MANJA MANJA . Pandai pandai laa kau nakk hidup sorang sorang .Takde orang kesahh pun . Kau nakk terbalikk ke apa ke . So , lepas MDS ( Minggu Destini Siswa ) harituhh , tetiba rasa renduu pulakk nakk makan ramai ramai, beratur panjang panjang , bangun awal pagi ( 4.30 semua kena ada dekat PH solat jemaah sama sama . Ohh so sweet kan ) apa lagi , haa . Tidur lambat . Bersukann ramai ramai . Macam macam laa . And and , sekarang zatie still lagi tengah mengadaptasi dengan life dekat U . So far , dahh bolehh biasa dengan cara hidup dekat sini . Okayy , sampai sini jee kot . Tunggu next entry . Hahaa . Kbai . Nanti update lain . Jangan risau okayy .

# Heyy , jangan renduu tahu :P

Selasa, 8 Mei 2012

Still In Frust Mood !


Hey bloggers .
Seriously , masih kecewa dengan course yang zatie dapat .
Tapi , its okay .
Mungkin rezeki zatie berpihak kepada course tuh .
Memang jujur cakap , takk confident sangat .

Then , nak ucap thanks dekat semua yang bagi semangat sampai nangis nangis semalam .
Pheww , tak boleh nakk luah dengan kata kata , menangis jelaa ;(
Yang bagi semangat dekat blog , okay , ada si gadis manis .
Nama dia rai . Zatie tak kenal dia act .
Tapi , thanks to her sebab bagi semangat .
Btw , rai , kalau baca update yang nihh , please kasi link blog anda okay dear :)

Siang tadi pulakk , check penempatan .
Alhamdulillah , Allah makbulkan doa nakk keluar dari Pahang .
Tapi , dapat keluar sebelah Pahang jee .
Mesti korang tahu kat mana kann .

Okay , zatie akan jadi Terengganu-RIAN .
Speaking ganu lahh .
Hewhew :)

Tadi , dah tanya ramai budak yang dapat tempat sama .
Kecewa lagi sebab takde sorang pun yang sama course .
Err , apakahh ?
Risau semakin menjadi jadi dalam kepala nihh .
Boleh ke zatie survive kat sana .

Btw , besokk result untuk further study under MARA keluar .
Hope dapat course yang minat .
And , kalau takk dapat tuh , nakk buat macam mana .
Maybe rezeki dah tertulis dekat TERENGGANU :)

# Can't wait for tomorrow ^^

Isnin, 7 Mei 2012

Kecewa !



Hey all bloggers .
Harinih 7 MAY kann .
So , UPU dahh keluar .
What can I say ?

Hmm , serious kecewa , sangat kecewa .
Sekarang nihh berada dalam situasi yang sumpah cakap amat complicated .
Zatie sangat sangat perlukan kata kata semangat .
Tapi , entah laa .

Ya Allah , kecewa nyaa .
Kau berikanlahh petunjuk kepadaku .
Aku takk kuat untuk menanggung semua nihh .
Kalaulahh ada someone yang boleh faham zatie , bagi semangat .
Mesti seronok .

Okay , zatie menangis bila kenangkan apa yang zatie dapat nihh .
Kalau laa ........

# I just hope someone can give me suppport -_-'

Ahad, 6 Mei 2012

Kosong !


Hye all bloggers .
Title for today , KOSONG .
Hahaa . Macam lagu Najwa Latif pulakk kann kosong kosong nihh .
Haihh , dah tak tahu nakk letak title apa .
So , here it is 'KOSONG'

Okay , back to the title .
Harinihh ahad , so , membangunkan diri agak lambat .
Even dahh bangun awal , masih lagi bermalas malasan di atas katil .
Pukul 10 lebih baru keluar bilikk .
Hahaa , teruk kann .

Then , keluar bilik , terpacul depan tv lepakk terus dengan family .
Tetiba kakak suruh bersiap siap . Nakk keluar katanya .
Dengan tengah blur pegi lahh mandi .
Lepas dahh siap , baru tahu .
Nakk pegi jejalan rupanya .
Yeahh , bab bab jalan memang lahh zatie number satu . Hewhew :)

Dalam happy happy dengan family harinihh .
Tetiba teringatkan UPU yang nakk keluar dahh lagi berapa jam nihh .
Ya Allah , serious takut .
Hope sgt dapat U yang best .
Fine , sepanjang mengupdate blog nihh .
Memang banyak cakap pasal UPU kann .
Perasan tak perasan tak .

Huu , nampak sangat tengah cuak kann .
Phewww . Takpe takpe .
Benda semua dahh tertulis .
Hope , zatie dapat terima dengan hati yang terbuka .
Aminnnn :)

# UPU ohh UPU ^^

Sabtu, 5 Mei 2012

Debaran Makin Terasa !




Hey bloggers !
Title tuh tak boleh blah kann .
Hewhew :)
Debaran makin terasa .
Hahaa , macam nakk khawin pulakk berdebar debar bagai nihh .

Okay , berdebar debar menantikan 7 MAY 2012 .
Nak tahu sebab apa ?
Jeng jeng jeng .
Result UPU nakk keluar .
So , perasaan semakin kusut .
Entah dapat ke takk kann .

Hope dapat laa .
Tuh jelaa harapan kann .
Pheww .
Berdebar nakk tunggu , tapi taknak tahu .
Nakk tahu , tapi takut .
Erkk , macam mana tuhh ?
Hahaa , abaikan .

As a conclusion , memang takk sabar nakk menanti 7 MAY nihh .
Tapi at the same time , rasa takut and risau .
Dapat dekat mana lahh agaknya kann :)


Everybody ! Wish me luck :)

# Hope dapat luar pahang , maybe I can be more happy ^^